Halatuju selepas SKM 3

Ke manakah halatuju para perantis selepas memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Perhotelan)? Jawapannya sudah tentulah Diploma Kemahiran (DKM). Walaubagaimanapun, DLS belum mendapat sebarang maklumat dari kerajaan samada DKM akan dibiayaai atau tidak. DLS hampir pasti bahawa pembiayaan pembelajaran untuk program SLDN hanyalah setakat SKM 3 sahaja. Untuk DKM atau DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia), perantis/pelajar hendaklah membiayaai sendiri dengan harga lebih kurang RM5,000. Perantis boleh mengeluarkan wang simpanan pekerja untuk tujuan ini.

Program anjuran DLS hanyalah setakat SKM 3 sahaja. Untuk DKM dan DLKM, para perantis boleh meneruskan pembelajaran di Pusat Bertauliah GEO Training STUDIO, iaitu sebuah syarikat induk di mana DLS bernaung di bawahnya. GEO Training STUDIO menyediakan pembelajaran DKM dan DLKM untuk kursus perhotelan mulai Julai 2014, dan juga Kursus Pemandu Pelancong Tahap 3 (City Guide) mulai 1 Oktober 2013. Syarikat ini juga berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan sebagai Institusi Latihan Pelancongan. GEO pula dengan usahasama DLS akan berusaha untuk mendapatkan pembiayaan DKM untuk perantis cemerlang sahaja, iaitu mereka yang berjaya mencapai markah keseluruhan 90 ke atas, dan mendapat 90 ke atas bagi penilaian pemerhatian yang dikendalikan oleh pengajar mereka.

Untuk mencapai markah cemerlang bagi penilaian pemerhatian, seseorang perantis hendaklah melaksanakan tanggungjawab sebagai perantis iaitu sentiasa hadir praktikal, menulis logbook dengan baik, menyiapkan portfolio pada masa yang ditetapkan dan mengambil tindakan bertanggungjawab (contohnya menggunakan teknik komunikasi yang jelas dan bertanggungjawab) sekiranya tidak dapat hadir sesuatu kelas atau sesi praktikal. Para pengajar sebenarnya menilai sikap anda. DLS mengucapkan Selamat Maju Jaya untuk semua para perantis dan SALAM RAMADHAN untuk semua umat Islam di seluruh dunia.