Diploma Kemahiran (DKM) 2014

Senarai nama perantis yang layak untuk mengikuti kursus kemahiran Diploma Tahap 4 telah pun dikemukakan kepada JPK. DLS mengucapkan syabas kepada mereka yang tersenarai, walaubagaimanapun tidak mampu menjamin samada permohonan ini diterima atau ditolak oleh pihak JPK.

Sekiranya diterima, maka perantis yang terpilih akan sekali lagi menikmati pembiayaan bulanan seperti sebelumnya. Seandainya permohonan ini ditolak, maka perantis yang berminat terpaksa membiayaai kursus ini sendiri, atau memohon pihak majikan (hotel) menampung perbelanjaan sebanyak RM5,000.

DLS berharap dengan prestasi yang amat memberangsangkan pada tahun 2013, pihak JPK akan memberi pertimbangan yang positif terhadap permohonan kami. Untuk makluman, dari jumlah 117 perantis berdaftar, seramai 112 telah tamat dan lulus ujian akhir dan layak mendapat persijilan kemahiran mengikut kursus masing-masing.

Syabas dan terima kasih kepada semua yang turut menjayakan program ini.