DKM F&B dan H.Keeping 2014

DLanguage STUDIO telah memohon untuk menjalankan 3 kursus Diploma Kemahiran Tahap 4 secara SLDN bagi tahun 2014. DLS yakin mampu menjalankan kursus HT-010-4 F&B Outlet Manager dan HT-050-4 Housekeeping Manager. Tenaga Pengajar untuk kedua-dua kursus ini telah pun ditetapkan. Walaubagaimanapun, bagi kursus L-041-4 yang kini ditukarkan kod ke HT-012-4 Sous Chef, DLanguage mungkin terpaksa menagguhkan penerimaan kursus ini oleh kerana nota pembelajaran yang masih belum dibangunkan lagi. Walaubagaimanapun, DLS sedang berurusan dengan Tenaga Pengajar dari kolej lain yang mungkin boleh membantu.

Tenaga pengajar bagi kedua-dua kursus ini (HT-010-4 dan HT-050-4) ialah Mr Ray sendiri dan akan dibantu oleh tenaga pengajar yang lain.

Kepada Tenaga Pengajar yang telah pun membangunkan WIM HT-012-4, boleh menghubungi DLanguage STUDIO untuk memohon mengajar kursus ini yang dijangka bermula 1 Feb – 30 Nov 2014. Permohonan untuk mengajar sepenuh masa amat dialu-alukan, manakala permohonan mengajar separuh masa akan dipertimbangkan. Tarikh Tutup Permohonan : 15 Jan 2014.

DLS juga kini membuka permohonan dari Tenaga Pengajar yang berminat untuk mengajar kursus HT-014-2 Pasty Production secara separuh masa.

Tenaga pengajar yang terpilih hendaklah menyediakan WIM yang lengkap beserta A.V.A. DLS tidak akan menerima Tenaga Pengajar yang tidak bersedia. Harap Maklum.

Hubungi Pejabat DLS untuk sesi temuduga : 04 966 6979