Kursus Tahap 3 dan 4 Februari 2014!

Harap maklum kepada perantis Tahap 2 dan 3 pada yang menjalani kursus kemahiran pada tahun 2013. Program peningkatan anjuran JPK iaitu Tahap 2 kepada Tahap 3, dan Tahap 3 kepada Tahap 4 akan bermula pada 1 Februari 2014. Kepada mereka yang berminat, hendaklah membuat permohonan di DLanguage STUDIO sekarang. Permohonan TUTUP pada 23 Januari 2014.

DLanguage tidak dapat menjamin berapa perantis yang akan diserap masuk ke program ini, kerana kuota akan ditetapkan oleh JPK. Oleh itu DLanguage terpaksa berlaku adil iaitu ‘first come first serve’.

Tenaga Pengajar yang bakal diterima oleh DLanguage ialah mereka yang mampu membina WIM berkaitan, menyerahkan dan membentang WIM itu kepada DLanguage selewat-lewatnya 15 Januari 2014. Selepas tarikh ini, DLanguage menutup sepenuhnya permohonan mengajar dari Tenaga Pengajar DLanguage pada tahun 2013 dan seterusnya akan menerima Tenaga Pengajar dari Kolej lain. DLanguage berpendirian teguh bahawa setiap Tenaga Pengajar hendaklah membangunkan nota mengajar iaitu WIM, atau berusaha memperbaiki nota yang sedia ada. Kegagalan membina WIM tidak dapat lagi diterima oleh DLanguage kerana setiap Tenaga Pengajar sebelum ini telah pun dibekalkan dengan berbagai kursus mengajar yang berkaitan.

Mereka yang telah tamat Sijil Kemahiran Tahap 3 seharusnya menunjukkan Keterampilan yang sewajarnya. Nilai-nilai sosial yang telah dipelajari seharusnya diserap ke dalam diri sendiri. Sikap acuh tak acuh bukan sahaja ditolak oleh DLanguage, malahan ditolak oleh seluruh dunia pekerjaan.